Imam Abu Hanifah

Imam Abu Hanifah r.h.


Riwayat Hidup

 Nama sebenar: Nukman bin Thabit

Tempat dan Tahun lahir:Kufah, tahun 80 Hijrah (699M)

Keturunan: Parsi

Tarikh wafat: bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi ketika usia 70 tahun

Beliau salah seorang ulama Islam terkenal dan pengasas Mazhab Hanafi

Beliau Digelar Abu Hanifah Kerana:
 1. sentiasa bawa ke mana saja tintanya (pen) untuk mencatat ilmu
 2.salah seorang anaknya bernama Hanifah
 3. Hanifah juga bermaksud cenderung kepada agama

Beliau seorang yang berakhlak mulia, pemurah, ikhlas, berani, suka memberi nasihat, rajin berusaha dan bercita-cita tinggi

Beliau seorang yang berani dan tegas dalam mempertahan agama

Ujian Yang Dihadapai Daripada Pemerintah:
 1. dihukum penjara
 2. disebat kerana tolak jawatan kadi di Kufah



Pendidikan

Berpeluang menuntut ilmu sejak kecil hingga ke peringkat tertinggi

Beliau belajar pelbagai ilmu terutama undang-undang Islam

Berguru dengan beberapa orang ulama yang hidup sezaman dengannya

Guru yang paling banyak memberi sumbangan ialah Imam Hammad bin Ali Sulaiman selama 18 tahun

Pernah berguru dengan sahabat Nabi Muhammad s.a.w.: Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Aufa, dan Abdullah bin Abi Al-Hasan



 Sumbangan Kepada Tamadun Islam

Masanya banyak dihabiskan untuk memberi pengajaran di masjid

Berfikiran kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fikah

 Ulama pertama menyusun kitab fikah ikut bab dan fasal dengan tersusun

Kitab karangan beliau yang terkenal: Al-Fikah Al-Akbar dan Kitab Faraid

Kitab Fikah Al-Akbar

Kitab Faraid
Seorang yang amat teliti dalam tentukan hukum ikut martabat hadis


Pengaruh Mazhab Abu Hanifah

Aliran mazhab dikenali sebagai aliran mazhab Hanafi

 Mazhab ini berpengaruh di Ira dan mazhab rasmi kerajaan Uthmaniah

Muridnya yang terkenal sebagai tokoh ulama turut menyebarkan ilmu melalui kuliah dan penulisan khususnya dalam bidang fikah dan perundangan Islam

Comments

Popular Posts